FrEnZz 4 EveR......

FrEnZz 4 EveR......

kenangan Selamanya.......

kenangan Selamanya.......

Halllooo my FrenZZ........

Halllooo my FrenZZ........

FrEnZz

FrEnZz

Monday, October 29, 2007

Friends........

"Friend" atau "zamilah" atau "peng you" mempunyai maksud yg sama iaitu kawan/sahabat/rakan.Sahabat merupakan org yg paling rapat dgn kita selepas keluarga kita.Sejak dari kecil sampai la dah besar skrg,agak-agak dah berapa ramai kawan kita?Walaupun seramai mana sahabat kita,cuba kita hitung berapa ramai yg boleh jadi sahabat baik kita, yang bersama-sama kita di waktu susah dan senang.Tak ramai kan?Begitulah lumrah manusia,waktu senang ramai je yang nak dekat, bila dah susah pakat lari jauh-jauh masuk dlm gua.Apa-apa pun, jadilah sahabat yg sentiasa nasihat-menasihati dan tegur menegur antara satu sama lain. Sahabat yg sejati dia berani untuk tegur kawan dia buat silap, sebab dia tak nak kawan dia terus buat silap.Tapi realiti sekarang,kalau kawan kita buat silap, buat salah,kita tengok je..Takut nak tegur,nanti kawan terasa hati.Tak guna berkawan mcm tu, sepatutnya kita saling tegur-menegur sbb manusia ni tak sempurna,setiap orang ada kekurangan masing-masing. Dalam berkawan ni, kita tak boleh terlalu memilih kawan.Memang kita perlu memilih kawan yg baik, tapi tak bermakna kita x boleh berkawan dgn org yg kurang baik.Kalau kita ni jenis suka pegi masjid, jgn kwn ngan kaki-kaki masjid je,kwn la jgk dgn yg kaki pukul ke,kaki bola ke. Mane tahu blh ajak sama-sama pegi masjid nanti.Begitu jgk kalau kita ni jenis high class punya orang,jgn memandang rendah dgn low class pnya org.Begitulah sebaliknya..Teringat kata-kata seorang sahabat,dia kata kwn je dgn semua org walaupun org tu buruk macam 'ewok' (sejenis makhluk asing) sekalipun.Makna kata,berkawanlah dengan semua orang. Even, perangai dia kurang elok tapi jangan lah sampai kita pulak yg terpengaruh. Kalau kita renung balik sirah Rasulullah dgn sahabat-sahabat baginda, kita dapat contohi akhlak-akhlak baginda dan sahabat ketika bersahabat. Bagaimana Saidina Abu Bakar sanggup berkorban ape saja untuk Rasulullah dan begitu juga dgn sahabat-sahabat yg lain.Contohilah Rasulullah dan para sahabat agar kita dapat menjadi sahabat yg sejati..InsyaAllah. "Sahabat yg soleh malunya pada kurangnya amalan, beraninya pd kebenaran, cintanya berlandaskan keimanan, rindunya pd janji-janji Allah, malah di hatinya tertanam taqwa & keImanan"

No comments:

kawan

kawan