FrEnZz 4 EveR......

FrEnZz 4 EveR......

kenangan Selamanya.......

kenangan Selamanya.......

Halllooo my FrenZZ........

Halllooo my FrenZZ........

FrEnZz

FrEnZz

Sunday, November 4, 2007

Dulu dan Selamanya..

Kepada mu ku curahkan..
Kepada mu ku buktikan..
Segala yang ku janjikan..
Dari dulu dan selamanya..
Biar musim pun berganti..
Namun aku kan kembali..
epada mu disisi..
Bersama lagi hanya kau ku sayangi..
Biar hari berganti dan pergi..
Kerana ku tahu kau kasihku..
Kali ini ku kembali..
Dalam alunan mesra sinar pagi..
Ku genggam erat tangan muKu bawa bersama,
ke alamRealiti dan fantasi.....

Kawan....

Kawan bertahun kita bersama..
Bagai semalam baru bersua..
Kawan dihadapan oh! Indahnya..
Kita bersama berkelana..
Namun kita jauh di dunia sendiri..
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri..
Meski pun jauh namun kita tetap bersama..
Dek ruang yang memisahkan kita..
Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah..
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih..
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan..
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang..
Kawan jangan biarkan dirimu..
Seperti rama-rama..
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding..
Kawan jangan biarkan dirimu..
Umpama lipan dan kala..
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis..
Oh! Kawan jadilah seperti si matahari..
Membakar diri demi insan sejagat..
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama..
Menerangi malam yang gelap gelita..
Menunjukkan jalan demi ummat semesta..
Menunjukkan jalan demi ummat semesta ( 2X )..

Monday, October 29, 2007

kawan2...

PERSAHABATAN.....

Between sky & sea,Cloud are passing by,
Between "YOU" & "ME",Our friendship never say"GOODBYE"..
Words starts with A,B.C , Numbers starts with 1,2,3

Songs starts with DO,RE,Mi , Friendship start with YOU & ME!!!
Persahabatan pandang pertama seperti cinta pandang pertama

dikatakan hanya yang paling ikhlas......

Friends........

"Friend" atau "zamilah" atau "peng you" mempunyai maksud yg sama iaitu kawan/sahabat/rakan.Sahabat merupakan org yg paling rapat dgn kita selepas keluarga kita.Sejak dari kecil sampai la dah besar skrg,agak-agak dah berapa ramai kawan kita?Walaupun seramai mana sahabat kita,cuba kita hitung berapa ramai yg boleh jadi sahabat baik kita, yang bersama-sama kita di waktu susah dan senang.Tak ramai kan?Begitulah lumrah manusia,waktu senang ramai je yang nak dekat, bila dah susah pakat lari jauh-jauh masuk dlm gua.Apa-apa pun, jadilah sahabat yg sentiasa nasihat-menasihati dan tegur menegur antara satu sama lain. Sahabat yg sejati dia berani untuk tegur kawan dia buat silap, sebab dia tak nak kawan dia terus buat silap.Tapi realiti sekarang,kalau kawan kita buat silap, buat salah,kita tengok je..Takut nak tegur,nanti kawan terasa hati.Tak guna berkawan mcm tu, sepatutnya kita saling tegur-menegur sbb manusia ni tak sempurna,setiap orang ada kekurangan masing-masing. Dalam berkawan ni, kita tak boleh terlalu memilih kawan.Memang kita perlu memilih kawan yg baik, tapi tak bermakna kita x boleh berkawan dgn org yg kurang baik.Kalau kita ni jenis suka pegi masjid, jgn kwn ngan kaki-kaki masjid je,kwn la jgk dgn yg kaki pukul ke,kaki bola ke. Mane tahu blh ajak sama-sama pegi masjid nanti.Begitu jgk kalau kita ni jenis high class punya orang,jgn memandang rendah dgn low class pnya org.Begitulah sebaliknya..Teringat kata-kata seorang sahabat,dia kata kwn je dgn semua org walaupun org tu buruk macam 'ewok' (sejenis makhluk asing) sekalipun.Makna kata,berkawanlah dengan semua orang. Even, perangai dia kurang elok tapi jangan lah sampai kita pulak yg terpengaruh. Kalau kita renung balik sirah Rasulullah dgn sahabat-sahabat baginda, kita dapat contohi akhlak-akhlak baginda dan sahabat ketika bersahabat. Bagaimana Saidina Abu Bakar sanggup berkorban ape saja untuk Rasulullah dan begitu juga dgn sahabat-sahabat yg lain.Contohilah Rasulullah dan para sahabat agar kita dapat menjadi sahabat yg sejati..InsyaAllah. "Sahabat yg soleh malunya pada kurangnya amalan, beraninya pd kebenaran, cintanya berlandaskan keimanan, rindunya pd janji-janji Allah, malah di hatinya tertanam taqwa & keImanan"

Persahabatan sejati....

PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi.... SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN, TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL.OLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN......

Sunday, October 28, 2007

Bukan senang nak cari kawan yang baik.....

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!Amin Yarabbil Alamin.Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinyaLots of Luv :)

Friday, September 28, 2007

kecantikan

Persepsi kecantikkn & ketampnn..
Cantik dan tampan Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda,sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda.Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.Maka itu,usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita,kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa?Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia.Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik,ada orang tidak.Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi.Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan sebaliknya lebih mengancam. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan.Jadi,usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda.Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya,cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang buruk,lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana.Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh,kukuh dan padu.Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak.Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda,anda sendiri yang menentukan.Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah,sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya.Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.Itu saja yang membezakan...Kan?

kawan

kawan